Skip to content

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi ILP Pasir Gudang

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color orange color green color
You are here: Utama
Karnival Sukan Staff ILPPG 2009
Dikarang oleh mrizal   

 
Mesyuarat Kerjasama Petronas, MMHE & JTM
Dikarang oleh mrizal   
           

Satu Mesyuarat Kerjasama Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Petronas Management Training Sdn Bhd (PMTSB) dan Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) beserta Majlis Penyerahan Bengkel Fluxcore oleh PMTSB, MMHE kepada ILP Pasir Gudang, JTM telah diadakan pada 15 Jun 2009 bertempat di ILP Pasir Gudang.

Kemaskini pada ( Khamis, 18 Jun 2009 )
Baca lagi...
 
Majlis Perpisahan TP & Perjumpaan Bulanan
Dikarang oleh mrizal   

 Satu Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah ILP Pasir Gudang dan perjumpaan Staff Bulan Jun telah diadakan pada 12 Jun 2009 bertempat di Bilik Seminar. Majlis ini diadakan memandangkan En. Azian Bin Hussain akan mula menyambung perlajarannya bermula 1 Julai 2009. Semoga beliau akan berjaya dengan cemerlangnya dalam perlajarannya. 

Kemaskini pada ( Selasa, 30 Jun 2009 )
 
Semak keputusan permohonan peringkat Sijil (ILP)
Dikarang oleh mrizal   

Semakan status permohonan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) - Peringkat Sijil bagi kemasukan Sesi Julai 2009 boleh disemak mulai sekarang di pautan berikut http://www.jtm.gov.my/semak_ILP/semak.php . Calon-calon yang berjaya boleh mencetak salinan keputusan permohonan yang terpapar dalam laman web ini berserta lampiran-lampiran yang berkaitan untuk dibawa semasa pendaftaran pada 5 Julai 2009 (Ahad) dan 6 Julai 2009 (Isnin). Sila maklumkan pengesahan penerimaan tawaran pada pautan yang diletakkan pada akhir paparan status permohonan tersebut.

Kemaskini pada ( Khamis, 11 Jun 2009 )
 
Majlis Pra-Graduasi Sesi 1/2009
Dikarang oleh mrizal   
           

Satu majlis Pra-Graduasi sesi 1/2009 telah diadakan dengan jayanya. Majlis ini meraikan pelajar-pelajar semester akhir yang akan tamat tidak lama lagi. Majlis ini telah diadakan pada 10 jun 2009 (Rabu) bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 11 malam. Terima kasih diucapkan kepada semua staff yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.

Kemaskini pada ( Selasa, 16 Jun 2009 )
 
Jadual Latihan Sesi 2/2009
Dikarang oleh mrizal   

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan Pelajar Sesi 1/2009 telah bersetuju bahawa tarikh tamat sesi 1/2009 dan pendaftaran sesi 2/2009 adalah seperti berikut :-

Aktiviti 

Tarikh 

 Tamat Latihan Pelajar 19 Jun 2009 (Jumaat) Jam 5 ptg 
 Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2/2009 6 Julai 2009 (Isnin) 8.00pg~3.00ptg
 Pendaftaran Pelajar Lama Sesi 1/2009 13 Julai 2009 (Isnin) 8.30 pg ~ 12.30 tgh
 Latihan Sambil Kerja (OJT) 2/2009 1 Julai ~ 30 September 2009 
 Latihan Sambil Kerja (OJT) 2/2009 (JE) 13 Julai ~ 18 September 2009

Sumber

* Unit Pengurusan Latihan

Kemaskini pada ( Khamis, 11 Jun 2009 )
 

Berita Dalaman ILPPG

Seminar Mould And Die Selamat datang ke Seminar Mould & Die And Rapid Prototyping yang berlangsung pada 24 Jun 2009 bertempat di Bilik Seminar ILP Pasir Gudang.  More info...



Selamat Menempuh Peperiksaan Peperiksaan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi pelajar-pelajar Juruelektrik (PW2 & PW4) dan Penjaga Jentera Rendah (A0) bagi pelajar sepenuh masa dan separuh masa akan diadakan pada 22 ~ 26 Jun 2009. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang.  More info...

Undian

Ko-kurikulum yang anda minati di ILP Pasir Gudang
 

Statistik

Pelawat: 291587

Di talian

Ada 1 tetamu di talian