Sebagai salah satu usaha pihak ILP Pasir Gudang dalam menghargai segala pengorbanan barisan “Frontliner KKM” dalam perjuangan membanteras COVID-19 ini, Bahagian Teknologi Rekabentuk Produk Industri (IPD), Jabatan Pengeluaran, ILP Pasir Gudang telah menghasilkan 110 unit “Face Shield” dan 1 unit “Protective Intubation Device” untuk kegunaan dan keperluan “Team Frontliners” KKM di Hospital Sultan Ismail.

“Face Shield” dan “Protective Intubation Device” ini dihasilkan sepenuhnya oleh pensyarah IPD ILP Pasir Gudang dengan mengunakan mesin Laser Cutter. Semoga dengan usaha daripada team IPD ILP Pasir Gudang yang diketuai oleh Pn Hazalinda Husin dengan sokongan penuh tuan Pengarah ILP Pasir Gudang akan meringankan bebanan “Team Frontliners” HSI dalam memerangi wabak COVID-19 ini. Sumbangan 110 unit “Face Shield” dan 1 unit Protective Intubation Device ini telah diserahkan kepada wakil pihak Hospital Sultan Ismail, Johor oleh Tuan Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Hj. Sarman Bin Hj Rawan.

Portal ini telah dijana dalam/ This page was generated in : 8.545 seconds. Kali terakhir dikemaskini pada/ Last updated at 10-08-2020 15:58:49