Menyedari keperluan terhadap “Protective Intubation Box” dan “Faceshield” untuk kegunaan barisan hadapan bahagian kesihatan di hospital dan klinik kesihatan bagi memerangi wabak Covid-19 terutamanya di Negeri Johor, ILP Pasir Gudang menyumbangkan 379 unit “faceshield” dan 2 unit “protective intubation box” untuk barisan hadapan KKM

Penyerahan “faceshield” dan “Protective Intubation box” itu telah dilakukan oleh Tuan Pengarah ILP Pasir Gudang kepada wakil sukarelawan Johor hari ini untuk diserahkan kepada Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat dan juga Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai. Semoga dengan usaha daripada team ILP Pasir Gudang ini dapat sedikit sebanyak membantu barisan hadapan KKM dalam menghadapi wabak COVID-19 ini.

Portal ini telah dijana dalam/ This page was generated in : 4.040 seconds. Kali terakhir dikemaskini pada/ Last updated at 02-06-2020 13:55:01