Pihak ILP Pasir Gudang telah menerima kerangka β€œFaceshield” daripada ADTEC Kulim & ADTEC Jerantut. Setelah dilengkapkan dengan cover plastik, β€œFaceshield” tersebut telah di sumbangkan untuk kegunaan barisan hadapan bahagian bagi memerangi wabak Covid-19 terutamanya di Negeri Johor

Sebanyak 250 unit β€œfaceshield” telah diserahkan kepada wakil IPD Seri Alam melalui, Tuan Amzah. Manakala 300 unit β€œfaceshield” akan diserahkan kepada pihak KK Sri Gading dan 300 unit lagi β€œfaceshield” diserahkan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai. Penyerahan β€œfaceshield” itu telah dilakukan oleh Tuan Pengarah ILP Pasir Gudang. Semoga dengan usaha daripada team ILP Pasir Gudang ini dapat membantu barisan hadapan bahagian keselamatan dan kesihatan dalam menghadapi wabak COVID-19 ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ADTEC Kulim dan ADTEC Jerantut di atas penyerahan kerangka β€œFaceshield” tersebut.

#COVID19
#faceshield
#Protectiveintubationdevice
#StayAtHome
#SilaDudukRumah
#ILJTMTerusBerjaya

Portal ini telah dijana dalam/ This page was generated in : 7.194 seconds. Kali terakhir dikemaskini pada/ Last updated at 10-08-2020 23:48:19