Soalan Lazim

  • Soalan Lazim
Expand All | Collapse All
  • 1. Apa itu Institut Latihan Perindustrian (ILP)?
     

    Institut Latihan Perindustrian (ILP) adalah Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia yang menjalankan kursus-kursus kemahiran secara sepenuh masa dan separuh masa.

    More
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1700 Times
  • 2. Apakah kursus-kursus yang dijalankan di ILP Pasir Gudang?
     

    • Teknologi Elektrik
    • Teknologi Elektronik Industri
    • Teknologi Instrumen Perindustrian
    • Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah
    • Teknologi Automotif
    • Teknologi Kimpalan Arka & Gas
    • Teknologi Fabrikasi Logam
    • Teknologi Mekanik Industri
    • Teknologi Pemesinan Am
    • Teknologi Pemesinan CNC
    • Teknologi Pembuatan (Perkakasan)
    • Teknologi Rekabentuk Produk Industri

    More
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 7193 Times
  • 3. Berapakah jangkamasa untuk mengikuti latihan tersebut?
     

    Jangkamasa yang ditetapkan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti samada sijil, diploma dan jenis latihan samada sepenuh masa atau separuh masa.

    More
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 794 Times
  • 4. Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILP Pasir Gudang?
     

    Pada dasarnya pihak institut tidak menetapkan sebarang had umur untuk membolehkan semua masyarakat dapat mengikuti latihan di ILP Pasir Gudang, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih lagi boleh mengikuti latihan dalam beberapa program seperti kursus separuh masa/ jangka pendek yang ditawarkan.

    More
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 635 Times
  • 5. Adakah lepasan ILP Pasir Gudang ini boleh melanjutkan pelajaran?
     

    Ya, lepasan pelajar dari ILP Pasir Gudang berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di Institut Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Antara institut latihan di bawah JTM ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), dan Advanced Technology Training Centre (ADTEC). Institut berkenaan menawarkan latihan hingga ke peringkat Diploma Lanjutan. Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma kemahiran.

    More
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 734 Times
  • 6. Adakah kursus-kursus yang dijalankan menjamin pekerjaan?
     

    Kesemua kursus-kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kursus-kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Menurut statistik, 80 % dari lepasan ILP Pasir Gudang berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri.

    More
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 804 Times
  • 7. Mengapa perlu jadikan ILP Pasir Gudang sebagai institusi pilihan?
     

    Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang (ILPPG) harus menjadi pilihan pertama anda kerana di sini program yang dijalankan adalah berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Terdapat juga program-program pelesenan profesional seperti PW2, PW4, AO, WQT, SSS dan OGSP. Ditambah dengan tenaga pengajar yang mahir serta kemudahan peralatan latihan yang canggih dan terkini selaras dengan pembangunan industri.

    More
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 477 Times
  • 8. Apakah kelayakan yang membolehkan seseorang itu memohon untuk mengikuti latihan di ILP Pasir Gudang?
     

    Syarat-syarat kemasukan am bagi program sijil adalah seperti berikut :
    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 17 ke atas
    • Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya lulus SPM. (Kelayakan ini adalah tertakluk kepada kursus yang dipohon).

    More
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 979 Times
  • 9. Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan masuk ke ILP Pasir Gudang?
     

    Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Permohonan adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (http://www.jtm.gov.my/ver25/index.php/ms/permohonaniljtm) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (http://upu.moe.gov.my) bagi sesi kemasukan Julai. Bagi permohonan melalui Laman Web UPU, pemohon dikehendakki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.60 melalui kaunter BSN, ATM atau SMS Banking.

    More
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 687 Times
  • 10. Adakah sijil lulusan ILP Pasir Gudang di iktiraf oleh kerajaan Malaysia?
     

    Sijil lulusan ILP Pasir Gudang yang dikeluarkan oleh ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Sistem Pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Para lepasan ILP Pasir Gudang akan di anugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh JPK sendiri. Kebanyakan lepasan ILP Pasir Gudang tidak menghadapi masalah untuk menyambung pelajaran atau memperoleh peluang pekerjaan di pelbagai sektor.

    More
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 639 Times
  • 11. Apakah sistem pembelajaran dan pentauliahan yang diamalkan di ILP Pasir Gudang?
     

    Silibus yang digunakan adalah berdasarkan kepada NOSS atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan oleh JPK. Proses pembelajaran adalah berdasarkan 70% kemahiran dan 30% teori. Kebanyakan pembelajaran di sini adalah secara praktikal atau hands on bagi memberi peluang dan pengalaman suasana kerja sebenar. Untuk tujuan itu, makmal dan bengkel dilengkapi dengan mesin dan peralatan yang digunakan di sektor industri. Lepasan institut ini akan di anugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, 2 dan 3 oleh JPK serta Sijil Teknologi oleh JTM.

    More
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 501 Times
  • 12. Bagaimana dengan kemudahan tempat tinggal pelajar ILP Pasir Gudang?
     

    ILP Pasir Gudang menyediakan kemudahan asrama kepada semua pelajar juga makan dan minum percuma serta elaun pelajar setiap bulan.

    More
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 671 Times
  • 13. Apakah kemudahan lain yang disediakan untuk pelajar?
     

    Bagi kemudahan latihan, perpustakaan dan kemudahan internet di Pusat Sumber disediakan, makmal/ bengkel yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan untuk kegunaan semasa atihan, dewan kuliah dan dewan serbaguna bagi kegunaan kelas atau sebarang aktiviti, dewan makan, surau dan kemudahan padang serta gelanggang sukan untuk kegunaan pelajar.

    More
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 717 Times

Portal ini telah dijana dalam/ This page was generated in : 3.556 seconds. Kali terakhir dikemaskini pada/ Last updated at 18-09-2019 15:45:44