PENGENALAN BAHAGIAN
DIPLOMA INTEGRASI TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI
Pelajar akan menjalani latihan selama 42 bulan dimana 24 bulan di ILP Pasir Gudang dan 18 bulan di ADTEC Batu Pahat. Kaedah latihan/kursus peringkat sijil adalah berteraskan kemahiran secara teori dan amali. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar berkaitan asas elektronik, sistem analog dan digital, programmable logic controller (PLC), mikro pemproses dan penghasilan projek elektronik.
PERSIJILAN:
- DKM (Diploma Kemahiran Malaysia ) Tahap 4
- Diploma Juruteknik Perindustrian (DJP)
SYARAT AM KEMASUKAN
-
- Warganegara Malaysia
- Berumur 17 hingga 35 tahun;
- Memiliki SPM dengan :
- Lulus Bahasa Melayu ;
- Lulus Matematik/ Matematik Tambahan;
- Lulus Sejarah ; dan
- Lulus satu (1) subjek lain selain subjek di atas
- Tidak buta / buta warna / rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) / pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Modul teras yang dipelajari:
PELUANG KERJAYA
Pelajar lepasan kursus ini mempunyai peluang kerjaya seperti berikut:
- Juruteknik elektronik
- Juruteknik Hydraulik dan Pneumatik
- Penyelia (supervisor) atau pekerjaan lain yang berkaitan