Penjaga Jentera Elektrik

PENGENALAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK:

KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KATEGORI AO 

jeKursus dijalankan selama 6 bulan di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Johor secara Separuh Masa / Sepenuh Masa
a) Yuran RM 2600 untuk setiap calon
b) Tempoh latihan selama 480 jam
c) Persijilan Suruhanjaya Tenaga (Sijil Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah Kategori A0)
d) Pusat Peperiksaan di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Johor.

-Kaedah latihan/kursus peringkat sijil adalah berteraskan kemahiran secara teori dan amali. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar berkaitan asas elektronik, sistem analog dan digital, programmable logic controller (PLC), mikro pemproses dan penghasilan projek elektronik.

PERSIJILAN:

Setiap pelajar yang menamatkan kursus akan diberikan Surat Akuan Kehadiran & Sijil Kehadiran Kursus. Bagi calon-calon yang lulus dalam  peperiksaan, masing-masing akan dianugerahkan Sijil Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik kategori ‘AO’ oleh Suruhanjaya Tenaga

SYARAT AM KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 20 tahun (semasa menduduki peperiksaan)
  • Boleh bertutur dan menulis di dalam Bahasa Malaysia
  • Selain itu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga
  • Memiliki kelayakan pendidikan, sekurang-kurangnya tamat tingkatan lima (5) sekolah bantuan penuh kerajaan.(Sila Lampirkan Salinan SPM dan Salinan Sijil Berhenti Tingkatan 5)

DAN

  • Mempunyai kelayakan pelajaran dalam bidang elektrik, atau mempunyai Sijil Kemahiran Eletrik atau SKM Elektrikal atau Sijil Politeknik Elektrik atau sekurangkurangnya tamat tingkatan 5 sekolah bantuan penuh kerajaan.
  • Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada 3 tahun dalam persekitaran di mana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik.
  • Mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan atau radas hidup elektrik.
  • Mempunyai Bukul Log yang menerangkan tentang pengalaman kerja elektrik selama 3 tahun tersebut.

ATAU

  • Memiliki perakuan kekompetenan Pendawai (PW1,Pw2,PW3 atau PW4) dan berdaftar sekurang-kurangnya 2 tahun dengan Suruhanjaya Tenaga.
  • Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada 2 tahun dalam persekitaran di mana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik.
  • Mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan atau radas hidup elektrik.
  • Mempunyai Bukul Log yang menerangkan tentang pengalaman kerja elektrik selama 2 tahun tersebut.

Modul teras yang dipelajari:
SUKATAN PELAJARAN (SYLLABUS) BAGI PEPERIKSAAN KEKOMPETENAN
PENJAGA JENTERA KATEGORI AO:

1. Akta, Peraturan, standard, Pertolongan Cemas dan Keselamatan:
2. Keselamatan Am
3. Langkah Awasan dan Pencegahan:
4. Elektrik Asas
5. Papan Suis Utama
6. Pengubah (transformer)
7. Kabel
8. Kabel Bawah Tanah
9. Motor dan Pemula
10. Bateri, Pengecas dan system bekalan tanpa gangguan (UPS)
11. Papan Tanda Elektrik & Lampu Neon
12. Alatukur, Alat Uji dan Pengujian
13. Penges
14. Pembumian Pepasangan
15. Lampu Nyahcas dan Lampu LED
16. Tenaga dan Kecekapan Tenaga
17. Sistem Talian Atas Voltan Rendah
18. Sistem Janakuasa TungguSedia & Penyelarian Janakuasa Voltan Rendah

PELUANG KERJAYA
Pelajar lepasan kursus ini mempunyai peluang kerjaya seperti berikut:

  • Juruteknik elektronik
  • Juruteknik Hydraulik dan Pneumatik
  • Penyelia (supervisor) atau pekerjaan lain yang berkaitan

Peserta-peserta yang berjaya menamatkan kursus ini dengan cemerlangnya kebiasaannya mempunyai peluang pekerjaan yang cerah dalam sektor industri perkilangan atau perdangangan. Disamping itu dengan adanya Pembangunan Wilayah & Projek Mega, maka keperluan orang kompeten akan diperlukan bagi menjaga pepasangan mengikut sekatan yang diperlukan. Selain itu juga kebanyakan perusahaan, kilang-kilang, bangunan perkhidmatan, pasaraya besar, pusat peranginan, bangunan komersial dan lain-lain tumbuh di wilayah jajahan negeri Johor membuka peluang pekerjaan dalam bidang elektrikdan memerlukan tenaga kompeten. Keperluan orang kompeten amat tinggi bagi membantu pertumbuhan ekonomi dan mengisi segala peluang pekerjaan di dalam bidang ini. Adalah menjadi harapan pihak kami dan seiring atau bersama Suruhanjaya Tenaga melahirkan tenaga kompeten yang mahir.

Portal ini telah dijana dalam/ This page was generated in : 4.062 seconds. Kali terakhir dikemaskini pada/ Last updated at 02-06-2020 12:54:59