Perutusan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam sejahtera , Salam Muafakat Johor dan Salam 1Malaysia

ensarmanSegala puji pujian kehadrat Allah S.W.T atas limpah rahmat dan izin-Nya di beri kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam laman web ini.

Terlebih dahulu ingin saya merakamkan penghargaan kepada para pengunjung kerana sudi melayari portal rasmi Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang (ILPPG). Harapan saya agar penyiaran portal yang berkonsepkan informatif dan interaktif ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai medium interaksi antara ILPPG dan orangramai dalam mendapatkan maklumat, fakta serta perkhidmatan yang disediakan dengan lebih mudah, pantas dan berkesan.

ILPPG yang ditubuhkan pada 1982 bermatlamatkan sebagai penyedia latihan kemahiran kepada belia lepasan sekolah bertujuan untuk melahirkan pekerja industri berkemahiran dalam pelbagai bidang utama seperti bidang Elektrik & Elektronik, bidang Mekanikal, bidang Pengeluaran dan bidang Minyak & Gas. ILPPG juga telah melaksanakan program Diploma Vokasional Malaysia melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia mulai Sesi 2/2013. Ia juga dibina sebagai pusat sehenti bagi pekerja industri yang ingin meningkatkan lagi tahap kemahiran dan menambah ilmu pengetahuan sejajar dengan aspirasi Negara 1Malaysia “ Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

ILPPG sentiasa bersikap terbuka dan berusaha memenuhi kehendak pelanggannya terutamanya pihak industri agar dapat bekerjasama dengan lebih erat supaya keluaran ILPPG berupaya menjadi tenaga kerja berkemahiran yang berpendapatan tinggi selaras dengan Model Ekonomi Baru (MBE). Sehingga kini ILPPG telah melatih seramai lebih kurang 40 000 tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang melalui kursus jangka panjang dan jangka pendek.

Akhir kata, saya bagi pihak warga ILP Pasir Gudang mengalu-alukan kedatangan anda melayari laman web kami. Sokongan dan pandangan anda amatlah diperlukan bagi melaksanakan penambahbaikkan secara berterusan.

Sekian Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

SARMAN BIN HJ RAWAN
Pengarah ILP Pasir Gudang

Portal ini telah dijana dalam/ This page was generated in : 5.106 seconds. Kali terakhir dikemaskini pada/ Last updated at 18-09-2019 15:45:44