Teknologi Instrumen Perindustrian

Pengenalan Bahagian
ipPelajar akan dilatih untuk mengawal dan menganalisa parameter proses seperti aliran, paras, suhu dan tekanan dengan menggunakan sistem elektronik, pneumatik dan hidraulik. Selain itu, pelajar akan mempelajari cara penyelenggaraan, penentukuran, pengujian dan pengubahsuaian instrumen. Di samping itu, pelajar juga didedahkan dengan Programmable Logic Controller (PLC) dan Distributed Control System (DCS).

Persijilan selepas tamat:
Sijil Teknologi Minyak dan Gas (Instrumentation Plant – Downstream)
i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 OG-014-1:2012, Tahap 2 OG-014-2:2012, dan Tahap 3 OG-014-3:2012 Operasi Loji Instrumen (Minyak, Gas & Petrokimia) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
ii. Sijil Teknologi Minyak dan Gas (Instrumentation Plant- Downstream) oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Sijil Teknologi Instrumen Perindustrian
i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 EE-230-3:2013 Operasi & Penyelenggaraan Instrumentasi Perindustrian & Kawalan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
ii. Sijil Teknologi Instrumen Perindustrian oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kelayakan Masuk:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 17 hingga 35 tahun;
iii. Memiliki SPM dengan;

  • Lulus Bahasa Melayu,
  • Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,
  • Lulus Sejarah;
  • Lulus Satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).

iv. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tempoh Latihan:
Sijil Teknologi Minyak dan Gas (Instrumentation Plant – Downstream)
Latihan teori dan amali : 2 tahun
Latihan Industri: 3 Bulan

Sijil Teknologi Instrumen Perindustrian
Latihan teori dan amali : 1 tahun 6 bulan
Latihan Industri: 3 Bulan

Modul teras yang dipelajari:

Sijil Teknologi Minyak dan Gas (Instrumentation Plant – Downstream)

Sijil Teknologi Instrumen Perindustrian

Prospek Kerjaya
Graduan ILPPG berpeluang bekerja sebagai Pembantu Juruteknik Kawalan Proses dalam industri kimia/petrokimia, bidang pengeluaran dan pemprosesan minyak/gas, bidang berasaskan tenaga, bidang berasaskan logam/mineral, bidang berkaitan farmasi, biokimia, minyak sawit, oleokimia, pulpa /kertas, pemprosesan kayu serta pemprosesan makanan/minuman. Mereka juga berpeluang bekerja di pelantar minyak dan gas.

ip

Peluang Melanjutkan Pelajaran
Lepasan Sijil Teknologi Instrumen Perindustrian berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Instrumentasi (Kawalan Proses) di ADTEC Kemaman.

Portal ini telah dijana dalam/ This page was generated in : 4.833 seconds. Kali terakhir dikemaskini pada/ Last updated at 18-09-2019 15:45:44