Teknologi Rekabentuk Produk Industri

Pengenalan Bahagian

ipdPelajar akan dilatih menyediakan pelan komponen mekanikal dan merekabentuk produk yang berkaitan dengan industri dalam lukisan 2 dan 3 dimensi menggunakan perisian CAD dan CAM seperti AutoCAD, Inventor dan NX. Di samping itu, pelajar juga didedahkan menggunakan aplikasi multimedia seperti Adobe Photoshop dan Adobe Flash bagi menghasilkan lakaran idea dan persembahan yang berkesan dan mantap.

Persijilan selepas tamat:
i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 MC-040-3:2013 Industrial Product Development oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
ii. Sijil Teknologi Rekabentuk Produk Industri oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Kelayakan Masuk:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 17 hingga 35 tahun;
iii. Memiliki SPM dengan:

  • Lulus Bahasa Melayu,
  • Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,
  • Lulus Sejarah;
  • Lulus Satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).

iv. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tempoh Latihan:
Latihan teori dan amali : 1 tahun 6 bulan
Latihan Industri: 3 Bulan

Modul teras yang dipelajari:

Prospek Kerjaya

Graduan ILPPG berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan berkaitan seperti perekabentuk produk industri (designer), pelukis pelan (draughter) dan pembuat model (model maker) di sektor perkilangan, pembinaan, perabot, industri automotif dan juga pemaju perumahan. Mereka juga berpeluang untuk menceburi bidang rekaan grafik.

ipd
Peluang Melanjutkan Pelajaran
ADTEC Jerantut – Diploma Teknologi Reka Bentuk Produk Industri

Portal ini telah dijana dalam/ This page was generated in : 4.726 seconds. Kali terakhir dikemaskini pada/ Last updated at 18-09-2019 15:45:44