Teknologi Fabrikasi Logam

Pengenalan Bahagian

flKursus ini menekankan kemahiran dalam kerja-kerja Fabrikasi struktur logam. Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri minyak dan gas . Setelah tamat kursus pelajar mesti boleh mebuat fabrikasi struktur logam dan boleh mengajar dalam bidang ini. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar melukis struktur logam menggunakan lukisan cad, membaca lukisan struktur logam, mengimpal logam menggunakan pelbagai kemahiran kimpalan, membentuk dan logam serta kemahiran menyelia.

Persijilan selepas tamat:
i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 OG-011-3:2011 Operasi Fabrikasi Struktur Logam oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
ii. Sijil Teknologi Operasi Fabrikasi Struktur Logam oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kelayakan Masuk:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 17 hingga 35 tahun;
iii. Memiliki SPM dengan:
a) Lulus Bahasa Melayu,
b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,
c) Lulus Sejarah;
d) Lulus Satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).
iv. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tempoh Latihan:
Latihan teori dan amali : 24 Bulan
Latihan Industri: 3 Bulan

Modul teras yang dipelajari:

Peluang Melanjutkan Pelajaran
ILP Kuantan – Diploma Teknologi fabrikasi logam
UniKL – Diploma Teknologi fabrikasi logam

Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan dalam bidang minyak dan gas, bekerja di pelantar minyak. Menjadi tenaga mahir dalam bidang pertukangan besi, membuat cerucuk strukture logam. Boleh menceburkan diri dalam bidang lukisan cad struktur logam. Pemasang paip minyak dan gas dalam bidang petroleum.

 

fl

Portal ini telah dijana dalam/ This page was generated in : 3.216 seconds. Kali terakhir dikemaskini pada/ Last updated at 19-11-2019 18:47:07