Teknologi Kimpalan

PENGENALAN BAHAGIAN
kimpPara pelajar akan diberikan pendedahan di dalam bidang kimpalan secara teori dan amali. Pelajar akan dilatih menjadi mahir melakukan kerja-kerja kimpalan dengan mengambilkira aspek keselamatan. Pelajar akan membuat kimpalan ke atas logam dari logam logam jenis feros dan bukan feros, membaca simbol dan lukisan cetakan biru, menguji sambungan kimpalan dengan cara membengkok dan merenggang logam. Selain mengimpal pelajar juga akan mempelajari kaedah proses pemotongan logam. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW),

Persijilan selepas tamat.
i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM ) TAHAP 3 MC-024-3:2012 Shielded Metal Arc
Welding (SMAW) Process OLEH Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ii. Sijil Teknologi Kimpalan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kelayakan Masuk:
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur 17 hingga 35 tahun
iii. Memiliki SPM dengan:

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus matematik/matematik tambahan
  • Lulus sejarah dan
  • Lulus satu (1) subjek lain selain (a) dan (b)

iv. Tidak buta/ buta warna/ rabun/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tempoh latihan :
Latihan teori dan amali : 2 tahun
Latihan Industri : 3 bulan

Modul teras yang dipelajari:

Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan yang meluas, antaranya di sektor Minyak dan Gas, Industri Pembuatan dan pembinaan logam,loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan. Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai tukang kimpal di kilang penapis minyak, bengkel membaiki dan menyelenggara kereta motor, alatan elektrik dan juga loji jentera perindustrian atau menjalankan pekerjaan sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal serta membuat kerja secara kontrak.

KIMP
Peluang Melanjutkan Pelajaran
Adtec Batu Pahat, Adtec Shah Alam, Adtec Kemaman, – Diploma Teknologi Kimpalan (Tahap 4)

Portal ini telah dijana dalam/ This page was generated in : 2.986 seconds. Kali terakhir dikemaskini pada/ Last updated at 18-09-2019 15:45:44