Teknologi Automotif

Pengenalan Bahagian

autoKursus ini menekankan kemahiran dalam kerja-kerja servis kenderaan bermotor (automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi dan lain-lain. Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri automotif. Setelah tamat kursus pelajar mesti boleh menyelenggara, merumus masalah automotif dan boleh mengajar dalam bidang ini. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menyelenggara, membaikpulih enjin, sistem pacuan, sistem brek, sistem autoelektrik, sistem stereng, sistem gantungan dan sistem penyaman udara, memasang komponen-kompenan kenderaan dan memandu uji serta teknik-teknik keselamatan mengikut kehendak ordinan lalulintas.

PERINGKAT SIJIL :

Persijilan selepas tamat

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 TP-300-3:2013 Automotif-Servis Selepas Jualan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
  2. Sijil Teknologi Automotif oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kelayakan Masuk

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  3. Memiliki SPM dengan:
    • Lulus Bahasa Melayu,
    • Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,
    • Lulus Sejarah;
    • Lulus Satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).
    • Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tempoh Latihan :

Latihan teori dan amali : 24 Bulan
Latihan Industri: 3 Bulan

Modul teras yang dipelajari:

 

Prospek Kerjaya

Bertambah bilangan kenderaan dari sehari ke sehari menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang ini seperti bekerja di pusat-pusat servis kenderaan dan kilang-kilang pemasangan kereta atau membuka bengkel sendiri. Di antara bidang pekerjaan tersebut adalah Mekanik Automotif atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang automotif.

auto

Peluang Melanjutkan Pelajaran

  • ILP Pasir Gudang – Diploma Teknologi Automotif
  • ILP Kuala Lumpur – Diploma Teknologi Automotif
  • Adtec Melaka – Diploma Teknologi Automotif
  • ILP Prai – Diploma Teknologi Automotif

PERINGKAT DIPLOMA :

Persijilan selepas tamat

  1. Diploma Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 TP-300-4 Eksekutif Automotif-Servis Selepas Jualan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  2. Diploma Teknologi Automotif oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kelayakan Masuk

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  3. Memiliki SKM 3 TP-300-3:2013 (Automotif-Servis Selepas Jualan)
  4. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tempoh Latihan:

Latihan teori dan amali : 12 Bulan
Latihan Industri: 6 Bulan

Modul teras yang dipelajari:

 

Prospek Kerjaya

Bertambah bilangan kenderaan dari sehari ke sehari menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang ini seperti bekerja di pusat-pusat servis kenderaan dan kilang-kilang pemasangan kereta atau membuka bengkel sendiri. Di antara bidang pekerjaan tersebut adalah Mekanik Automotif atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang automotif.

Peluang Melanjutkan Pelajaran

MTUN – Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Portal ini telah dijana dalam/ This page was generated in : 4.214 seconds. Kali terakhir dikemaskini pada/ Last updated at 18-09-2019 15:45:44