Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die)

Pengenalan Bahagian
tdBahagian Teknologi Pembuatan Perkakasan-Die mengajar pelajar-pelajar tentang asas-asas penggunaan mesin konvesional seperti mesin larik, kisar dan canai serta mesin CNC seperti CNC Lathe, CNC Milling, CNC EDM Wire Cut, CNC EDM Die Shinker dan CNC Grinding. Pelajar juga akan diajar cara-cara membuat Die dari peringkat merekabentuk, pembuatan, pemasangan, mengenalpasti kecacatan atau kerosakkan sehinggalah penghasilan produk. Selain itu juga pelajar akan didedahkan tentang keadah-kaedah pengukuran seperti CMM.

Program Kursus yang ditawarkan
i. Sijil Teknologi Pembuatan Perkakasan-Die (SKM Tahap 3 dan Sijil Teknologi)
ii. Diploma Intergarsi (DKM Tahap 4 – Dua tahun di ILP Pasir Gudang dan Setahun di ADTEC Melaka

Persijilan selepas tamat:

Sijil Teknologi Pembuatan Perkakasan-Die
i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 MC-031-3:2015 Metal stamping die Making oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

ii. Sijil Teknologi Pembuatan Perkakasan-Die oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kelayakan Masuk:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 17 hingga 35 tahun;
iii. Memiliki SPM dengan:

  • Lulus Bahasa Melayu,
  • Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,
  • Lulus Sejarah;
  • Lulus Satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).

iv. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tempoh Latihan:
Sijil Teknologi Pembuatan Perkakasan-Die
Latihan teori dan amali : 2 tahun
Latihan Industri: 3 Bulan

Modul teras yang dipelajari:

Sijil Teknologi Pembuatan Perkakasan-Die

Prospek Kerjaya
Graduan bidang Teknologi Pembuatan Perkakasan-Die berpeluang luas memenuhi pasaran kerja dalam sektor pembuatan dan pengeluaran, seperti juruteknik pemesinan dan CNC, programmer CNC. Perekabentuk Mekanikal, Kawalan Kualiti, Die Manufacturing, Die Maintenance dan Penyelenggaraan mesin.

td
Peluang Melanjutkan Pelajaran
Lepasan Sijil Teknologi Pembuatan Perkakasan-Die berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Pembuatan di ADTEC Melaka dan ADTEC Kulim.

Portal ini telah dijana dalam/ This page was generated in : 3.202 seconds. Kali terakhir dikemaskini pada/ Last updated at 19-11-2019 18:47:07