Teknologi Elektrik

Pengenalan Bahagian
jeTempoh latihan sepenuh masa bagi kursus ini adalah dua tahun. Pelajar diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama dua tahun (dari semester 1 hingga semester 4) dan pelajar perlu menjalani Latihan Industri dengan kontaktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga selama enam bulan pada semester 3. Pelajar akan dilatih berteraskan kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% pengajaran teori.

Persijilan selepas tamat:
Sijil Kekompetenan
i. Sijil Pendawi Elektrik (PW4) oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)

Sijil Teknologi Elektrik
i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 EE-320-3:2012 Pemasangan & Penyelengaraan Elektrik Tiga Fasa oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
ii. Sijil Teknologi Elektrik oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kelayakan Masuk:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 18 hingga 30 tahun;
iii. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan lulus:

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik dan
  • Sains atau Subjek Teknikal
    ATAU

iv. Memiliki Sijil Vokasional Malaysia Vokasional (SVM) dengan pencapaian akademik seperti berikut:-

  • CGPA Akademik sama atau lebih daripada 3.33
  • CGPA Vokasional sama atau lebih daripada 3.67
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM kod 114

v. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tempoh Latihan:
Sijil Teknologi Elektrik
Latihan teori dan amali : 1 tahun 6 bulan
Latihan Industri di kontraktor elektrik: 6 Bulan

Modul teras yang dipelajari:

Sijil Teknologi Elektrik

Prospek Kerjaya
Graduan lepasan Kursus Sijil Teknologi Elektrik ini mempunyai peluang untuk bekerja sebagai Pendawai Elektrik dan Juruteknik Elektrik atau pekerjaan lain yang berkaitan di sektor awam atau swasta. Selepas berpengalaman bekerja dalam bidang elektrik, graduan juga berpeluang untuk membuka premis perniagaan sendiri. Graduan juga berpeluang untuk menjadi juru perunding daloam bidang ini.
je

Peluang Melanjutkan Pelajaran
Lepasan Sijil Teknologi Elektrik berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Elektrik beserta dengan Sijil Kekompetenan Penjaga Jentera Kategori AO seperti di ADTEC Shah Alam, ADTEC Kemaman, British Malaysian Institute dan lain-lain lagi.

Portal ini telah dijana dalam/ This page was generated in : 4.789 seconds. Kali terakhir dikemaskini pada/ Last updated at 18-09-2019 15:45:44