PENGAMBILAN PELAJAR
Pengambilan ke ILP Pasir Gudang dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Dalam Talian (online) di laman web Jabatan Tenaga Manusia(JTM) bagi sesi kemasukan Januari dan di laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi bagi sesi kemasukan Julai. Bagi permohonan melalui laman web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.60 melalui kaunter BSN, ATM atau SMS Banking.
**Klik di sini bagi:
Panduan Kemasukan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
FASILITI
ILP Pasir Gudang menyediakan pelbagai kemudahan seperti kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan & riadah, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.
BAYARAN
Yuran Pengajian:
Diploma & Diploma Lanjutan: RM3000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
Sijil & Sijil Lanjutan: Percuma, kecuali pelajar tajaan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pegawai di bahagian berikut:
Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan,
Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang,
Jalan Pasir Gudang,
81700 Pasir Gudang, JOHOR.
Tel: 07-254 4153 / 4118
Faks: 07-251 1910