Peranan & Fungsi
Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pendaftaran pekerjaan (Jobs Malaysia Point), temuduga terbuka, seminar/ bengkel pembangunan kerjaya dan kursus Jangka Pendek disamping mempromosi ILP Pasir Gudang dengan mengadakan lawatan industri dan menyertai karnival kerjaya yang diadakan termasuk di sekolah-sekolah. CESS juga berperanan dalam menempatkan pelajar-pelajar ILPPG semasa menjalani latihan industri di industri disamping sentiasa mengadakan hubungan baik dengan industri bagi tujuan perkongsian teknologi dan peluang pekerjaan bagi lepasan ILPPG.