Peranan & Fungsi
Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah jabatan akademik sokongan yang bertanggungjawab membantu jabatan akademik induk dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. JPA mempunyai misi yang penting bagi menyediakan pendidikan secara formal dan tidak formal bagi modul Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Aplikasi Komputer dan juga Bahasa Inggeris.