PROJEK KREATIVITI & INOVASI

Nama Program/ Projek:
Kategori Mesin, Peralatan & Proses Pengilangan dalam Pertandingan Inovasi Borneo Innovation Festival (BIF) 2021 Anjuran Politeknik Sandakan Sabah.

Tarikh Program/ Projek:
28 Oktober 2021 (Majlis Perasmian Penutup BIF’21)

Pencapaian:
Tempat Pertama dan Pingat Emas

Kronologi:
Bahagian Teknologi Automotif ILP Pasir Gudang telah mengambil bahagian di dalam Pertandingan Inovasi Borneo Innovation Festival (BIF) 2021 Anjuran Politeknik Sandakan Sabah. Pertandingan inovasi ini dijalankan secara dalam talian. Sebanyak 6 kategori pertandingan dan 157 penyertaan dari seluruh Malaysia bagi pertandingan inovasi ini. Projek yang dipertandingkan oleh ILPPG adalah EAZYSPARK V2 bagi Kategori 2 iaitu Mesin, Peralatan & Proses Pengilangan.

Keputusan pertandingan telah diumumkan pada 28 Oktober 2021 semasa Majlis Perasmian Penutup BIF 2021. EAZYSPARK V2 berjaya meraih Tempat PERTAMA dan Pingat EMAS dalam kategori tersebut. Pertandingan ini disertai oleh, Ts. Kavitha Palaniappan, En. Wan Mustaffa bin Wan Mohamed Zain dan En. Muhammad Ridzuan Bin Kasnaini.


Selanjutnya

Portal ini telah dijana dalam/ This page was generated in : 7.100 seconds. Kali terakhir dikemaskini pada/ Last updated at 03-12-2022 22:14:52