07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Johor Bahru, 22 April 2026 | Seramai 18 orang pelajar Semester 2 & 3 dari kursus Teknologi Pembuatan Perkakasan- Die ADTEC Kampus Pasir Gudang telah mengadakan lawatan pendedahan industri dan latihan amali ke Instruments Technology (Johor) Sdn. Bhd yang terletak di Kawasan Perindustrian Tebrau 4.

Sepanjang lawatan, pelajar diberi taklimat pengenalan syarikat oleh Puan Jamaliah Binti Meor Ghazali (Pengurus Jabatan Sumber Manusia). Pelajar juga turut diberi taklimat oleh En Khairulnizam bin Zainal Abidin yang merupakan bekas pelajar ADTEC Kampus Pasir Gudang yang kini memegang jawatan sebagai Pengurus (Bahagian Penyelenggaraan) di syarikat ini. Sepanjang lawatan, pelajar berpeluang melihat sendiri lebih dari 800 buah mesin seperti auto lathe, stamping die machine dan pelbagai mesin serta operasi mesin bagi menghasilkan komponen-komponen dalam pembuatan jam. Pelajar juga diberi penerangan teori serta peluang menjalankan latihan amali bagi menambah kefahaman dan kemahiran praktikal dalam bidang ini.

Ribuan terima kasih kepada pihak Instruments Technology (Johor) Sdn. Bhd atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat bermanfaat kepada para pelajar.

Skip to content