07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

12 Mac 2026 | Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin Bin Ahmad Raus telah menyampaikan penyerahan Fasa 2 Insentif Khas Kerajaan Negeri Johor kepada semua staf.

Semoga insentif yang diberikan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja untuk terus menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, dedikasi dan komitmen demi kemajuan Negeri Johor serta Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Johor atas keprihatinan dan inisiatif yang amat bermakna ini. Bantuan ini bukan sahaja memberi dorongan kepada para staf, malah sedikit sebanyak membantu dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba.

Semoga segala kebaikan dan keprihatinan ini terus membawa manfaat serta keberkatan kepada semua.

Skip to content