07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menyertai Creativity and Innovative Technology Competition (CITEC) 2026 yang berlangsung di ADTEC JTM Kampus Taiping pada 11 – 12 Februari 2026. Sebanyak 16 buah projek baharu telah dihantar, sekali gus menjadikan penyertaan ini sebagai penyertaan terbanyak dalam penganjuran CITEC 2026.

Pelbagai hasil inovasi merangkumi pelbagai bidang telah dipamerkan oleh para pelajar dengan bimbingan penyelia masing-masing. Program ini berperanan sebagai platform penting dalam menggalakkan budaya inovasi, penyelidikan serta perkongsian idea dalam kalangan institusi TVET. Turut hadir memberikan sokongan ialah Ts Dr Hj Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah; Ts Eza binti Monzaid, Timbalan Pengarah Latihan; serta Tn Hj Zuraidy bin Kadir, Timbalan Pengarah Operasi.

Penyertaan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai dalam CITEC 2026 telah membuktikan komitmen berterusan institusi ini dalam memperkukuh budaya inovasi dan penyelidikan dalam kalangan pelajar TVET. Kejayaan menghantar jumlah penyertaan tertinggi bukan sahaja mencerminkan kesungguhan warga kampus, malah menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak idea kreatif dan teknologi baharu pada masa hadapan. Program ini diharap dapat terus menjadi medium strategik dalam melahirkan graduan TVET yang berdaya saing, inovatif dan relevan dengan keperluan industri semasa.

Skip to content