ADTEC JTM KAMPUS PASIR GUDANG & SENAI
Pasir Gudang, 15 Ogos 2025 – Pemilihan Ahli Jawatankuasa Pelajar Moral bagi Sesi 2/2025 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Kuliah JAPI, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada jam 12.45 tengah hari. Proses pemilihan telah dijalankan oleh Penyelaras Moral, En Perabakaran Marthava.
Seramai 32 daripada 46 pelajar berdaftar telah hadir untuk mengambil bahagian dalam proses undian terbuka ini. Proses ini mendapat kerjasama penuh daripada semua peserta.
Keputusan rasmi pemilihan adalah seperti berikut:
* Pengerusi: Darshan A/L Ravintharan
* Timbalan Pengerusi: Harish Raj A/L Surenthar
* Setiausaha: Adrean Hilarry Anak Malindo
* Bendahari: Dayvindharan A/L A Selvaraj
* Ahli Jawatankuasa:
1. Nishaath A/L Siva (Sem 1)
2. Haarishvarthan A/L Paramasivam (Sem 2)
3. Poon Jun Wei (Sem 3)
4. Avinaash A/L Saravanan (Sem 4)
5. Thanushkumar A/L Sivam (Senai)
Pemilihan berjalan lancar tanpa sebarang masalah, dan semua ahli yang terpilih telah menyatakan persetujuan untuk menerima jawatan masing-masing.
Mereka berikrar untuk menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi demi kelancaran aktiviti moral sepanjang Sesi 2/2025.
Pemilihan ini bukan sahaja menjadi platform untuk memilih kepimpinan baharu, malah memperkukuh semangat kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan pelajar Moral di ADTEC JTM.
