15 Ogos 2025 – Delegasi terdiri daripada En. Mohd Nazri bin Mahat, Pengurus Pengurusan & Latihan dan En. Saiful Adli bin Ismail, Pengurus Operasi Pembuatan telah disambut oleh Pengarah ADTEC, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus bersama pegawai-pegawai Unit CESS.
Lawatan ini membincangkan potensi usahasama program latihan kemahiran jangka pendek serta penempatan latihan pelajar. Delegasi turut dibawa meninjau fasiliti di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
Pihak ADTEC JTM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Samtec Asia Pacific (M) Sdn. Bhd. atas kunjungan dan kerjasama yang bakal terjalin demi pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
