15 Ogos 2025 : Tahniah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang kerana telah berjaya melanjutkan tempoh pentauliahan OPITO Qualification Centres setelah menjalani sesi audit OPITO Ongoing Site Visit (OSV) – Remote secara dalam talian pada 13 & 14 Ogos 2025. Mr. Edmund Duncan sebagai juru audit pihak OPITO dari United Kingdom telah menjalankan sesi audit tersebut ke atas ADTEC JTM Pasir Gudang yang telah ditauliahkan sebagai OPITO Qualification Centre sejak tahun 2023. Pengarah Ts. Dr. Hj Azli Amin Bin Ahmad Raus telah membuka sesi pembentangan dari Kampus Senai pada 13 Ogos dan sesi audit terus dimulakan bagi semakan System Criteria dan Product Criteria bagi program OPITO merangkumi Management Systems, Facilities and Equipment, Staff Resources, Training and Assessmentdan Health and Safety di kampus. Tujuan audit tersebut adalah untuk memastikan bahawa ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang sebagai OPITO Qualification Centre sentiasa mematuhi standard piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan.
