07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

4 Disember 2025– Perhimpunan bulanan pelajar ADTEC JTM Kampus Senai telah berlangsung di Dewan Seri Johor bermula jam 2.30 petang. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Latihan Ts. Eza binti Monzaid yang menjadi wakil rasmi Pengarah, Timbalan Pengarah operasi Tuan Haji Zuraidy bin Kadir, Ketua-ketua Bahagian, pengajar-pengajar dan urusetia BPPL dari ADTEC JTM Kampus pasir Gudang.

Perhimpunan pelajar yang terakhir bagi tahun 2025 ini telah dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan Lagu Korporat Jabatan Tenaga Manusia, bacaan Ikrar dan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan slot buku tatatertib disiplin pelajar ILJTM bersama MPP dan Kesatria. Sesi seterusnya adalah Bersama kaunselor institut Puan Hajah Edayu binti Mohd Yusof, yang membawa tajuk “Tidur yang Berkualiti”.

Seterusnya wakil rasmi Pengarah Ts Eza binti Monzaid menyampaikan ucapan. Beliau turut berterima kasih kepada seluruh kakitangan Adtec JTM Kampus Senai diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2025.

Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan dan disertai oleh institut yang merangkumi program pembangunan sahsiah dan kepimpinan, projek inovasi dan pertandingan kemahiran, program CSR dan khidmat komuniti, aktiviti kokurikulum, sukan dan kesukarelawanan serta program industri dan pendedahan kerjaya. Selain itu beliau sempat berkongsi kejayaan-kejayaan pelajar Kampus Senai yang telah mengharumkan nama institut. Turut ditekan juga oleh beliau dalam ucapnnya adalah berkenaan konsep A.S.K.A.R. yang telah diterapkan kepada semua pelajar ILJTM.

Skip to content