07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

4 Disember 2025– Perhimpunan bulanan pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang berlangsung dengan suasana yang harmoni di Dewan Kuliah Utama bermula jam 8.00 pagi. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan pelajar yang terakhir bagi tahun 2025. Program dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan Lagu Korporat Jabatan Tenaga Manusia, bacaan Ikrar dan bacaan doa.

Majlis diteruskan dengan slot buku tatatertib disiplin pelajar ILJTM bersama MPP dan Kesatria. Dalam sesi ini, pelajar diingatkan tentang keperluan mematuhi peraturan institut. Sejurus selepas itu giliran Puan Hajah Edayu binti Mohd Yusof, Pegawai Kaunselor institut mengambil tempat dengan membawa satu sesi motivasi yang begitu menarik dan bertenaga dengan tajuk “Tidur yang Berkualiti”. Sememangnya tajuk ini amat bertepatan sekali dengan situasi pelajar yang akan menghadapi minggu peperiksaan pada 8 – 17 Disember yang akan datang supaya mendapatkan tidur yang berkualiti agar dapat menjawab soalan peperiksaan dalam keadaan yang baik.

Seterusnya giliran Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang Ts Dr Haji Azli Amin bin Ahmad Raus menyampaikan ucapan. Beliau berterima kasih kepada seluruh kakitangan Adtec JTM Kampus Pasir Gudang diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2025. Beliau mengingatkan pelajar supaya sentiasa menghormati semua kakitangan terutamanya pengajar yang selama ini telah banyak menyumbangkan tenaga, masa, idea dalam memastikan institut kekal relevan dengan kehendak industri.

Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan dan disertai oleh institut yang merangkumi program pembangunan sahsiah dan kepimpinan, projek inovasi dan pertandingan kemahiran, program CSR dan khidmat komuniti, aktiviti kokurikulum, sukan dan kesukarelawanan serta program industri dan pendedahan kerjaya. Selain itu beliau sempat berkongsi kejayaan-kejayaan pelajar Kampus Pasir Gudang yang mangharumkan nama institut. Dalam ucapannya juga beliau turut menyentuh berkenaan konsep A.S.K.A.R. yang telah diterapkan kepada semua pelajar ILJTM.

Skip to content