07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah dijemput menghadiri sesi perbincangan bersama Johor Talent Development Council (JTDC), penyelia penyedia latihan TVET Johor serta para pemain industri negeri Johor pada 4 Disember 2025.

Sesi ini memberi fokus kepada halatuju pelajar TVET, peluang penempatan pekerjaan, serta perbincangan mengenai tawaran gaji premium selaras dengan keperluan industri semasa. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Penyelaras JTDC, Tuan Helmy bin Hj Hussain. ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai diwakili oleh pegawai CESS.

Skip to content