07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Program Malam Raudhah dan Tautan Ukhuwah yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian MPP ADTEC Pasir Gudang telah berlangsung dalam suasana penuh ketenangan dan kebersamaan di Surau Al-Mawaddah pada 4 Disember 2025 (7.00 malam – 8.30 malam). Program ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim antara pelajar serta memupuk budaya kerohanian dalam kalangan warga ADTEC.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran ALUMNI Kimpalan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Sesi 1/2019, Encik Mohd Zulfikri bin Aqashah, yang hadir memberikan sokongan dan inspirasi kepada para pelajar. Program dimulakan dengan bacaan Yasin, diikuti tazkirah ringkas dan doa selamat. Seterusnya, hadirin menikmati jamuan yang disediakan oleh rakan-rakan surau, menambahkan lagi rasa ukhuwah dan kemesraan antara semua yang hadir.

Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ia menjadi asbab bertambahnya keberkatan serta memperkukuh hubungan sesama warga ADTEC Pasir Gudang.

Skip to content