07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Hari ini 5 Disember 2025 (Jumaat), telah berlangsung Sesi Taklimat Kerjaya dan Temuduga bersama IKD (Malaysia) Sdn. Bhd. di Bilik Seminar, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang khusus untuk pelajar daripada dua jurusan iaitu:
-Teknologi Pembuatan Pemesinan
-Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal)

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai peluang kerjaya dalam industri serta proses pengambilan pekerja yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Sesi dimulakan dengan penerangan syarikat, perkongsian skop kerja, perkembangan industri, serta syarat-syarat kemasukan yang diperlukan.

Selepas sesi taklimat, pihak syarikat menjalankan temuduga tapisan kepada para pelajar sebagai salah satu inisiatif membantu graduan ADTEC JTM meningkatkan kebolehpasaran dan bersedia memasuki dunia pekerjaan sebenar.

Pihak institut merakamkan ucapan terima kasih kepada IKD (Malaysia) Sdn. Bhd. atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan dalam membuka ruang kerjaya kepada para pelajar kami. Semoga usaha ini dapat terus memperkukuh hubungan industri dan memberi manfaat besar kepada para pelajar sebagai bakal tenaga kerja mahir negara.

Skip to content