ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah dijemput menghadiri program “Majlis Beramah Mesra Bersama Datuk Bandar Pasir Gudang” pada 6 Disember 2025. Program ini diwakili oleh pegawai CESS dan menjadi platform yang sangat baik untuk membincangkan peluang kerjasama antara ADTEC JTM, MBPG / Majlis Bandaraya Pasir Gudang, serta komuniti setempat. Terima kasih kepada MBPG atas jemputan dan ruang kolaborasi yang terus diperkukuh demi manfaat masyarakat dan pembangunan TVET di Pasir Gudang.
