Program Ngopi & Ngaji Belia telah berjaya dianjurkan dengan penuh meriah dan penuh nilai ukhuwah pada 5 November 2025 bertempat di Surau Al-Mawaddah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Program ini menghimpunkan para pelajar dalam suasana santai dan berfaedah bagi mengisi minggu ulangkaji dengan aktiviti yang lebih mendekatkan diri kepada ilmu dan komuniti.
Aktiviti dimulakan dengan sesi mengaji bersama, diikuti dengan gotong-royong memasak kari ceker special, hasil kerjasama para belia dan ahli surau. Suasana ceria jelas terpancar sepanjang penyediaan jamuan apabila semua peserta memainkan peranan masing-masing dalam memastikan hidangan siap dengan sempurna. Selesai jamuan, para peserta meneruskan aktiviti ‘Tour Asrama’, iaitu edaran makanan kepada warga asrama sebagai tanda kebersamaan dan sokongan moral sempena minggu ulangkaji. Usaha ini bukan sahaja mengukuhkan ukhwah, malah memberi semangat baharu kepada rakan-rakan yang sedang membuat persiapan peperiksaan.
Program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti keagamaan, kebersamaan dan pembangunan sahsiah di peringkat kampus. Terima kasih kepada semua yang terlibat! Semoga program seperti ini terus menyuburkan suasana harmoni dan budaya saling membantu dalam kalangan warga ADTEC JTM.
