07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

PASIR GUDANG, 30 Disember 2025 – Perusahaan Sadur Timah Malaysia (PERSTIMA) melalui Kelab Perstima Berhad telah menganjurkan Program Bicara Ilmiah Sempena Maulidur Rasul 1447H bertempat di Kantin Perstima Berhad, Pasir Gudang, hari ini, sebagai usaha memperkukuh penghayatan akhlak Rasulullah ﷺ dalam kalangan warga kerja industri.

Program ini menampilkan YBhg. Ustaz Mohamad Ariff Afdlin bin Faizan, daripada Jabatan Akademik dan Pembangunan Insan (JAPI) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang sebagai penceramah jemputan dengan tajuk “Meneladani Akhlak Rasulullah Sebagai Bekal Membangun Peribadi Unggul.”

Menurut penganjur, program ini bertujuan membentuk sahsiah pekerja yang berintegriti, berdisiplin dan beretika, selari dengan keperluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menekankan keseimbangan antara kemahiran teknikal dan nilai kemanusiaan.

Dalam ucapannya, penceramah menegaskan bahawa akhlak Rasulullah ﷺ seperti amanah, ihsan, tanggungjawab dan disiplin kerja merupakan asas penting dalam melahirkan tenaga kerja TVET yang berkualiti dan diyakini industri. Nilai-nilai ini juga berperanan meningkatkan keselamatan, produktiviti dan keharmonian di tempat kerja.

Program dimulakan dengan bacaan Yassin dan selawat qasidah sebelum diteruskan dengan sesi bicara ilmiah dan interaksi bersama peserta. Program berakhir dengan jamuan makan tengah hari.

Penganjuran program ini menjadi platform penghubung antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan pihak industri dalam membangunkan modal insan TVET yang berkemahiran dan berakhlak.

Skip to content