07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 25 Februari 2026, satu aktiviti Brisk Walk dan Senaman Ringan telah dilaksanakan di dalam kawasan institut sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus. Walaupun aktiviti dijalankan dalam bulan Ramadan, para peserta tetap menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi demi menyokong agenda kesihatan serta amalan ESG (Environmental, Social and Governance) di peringkat kampus.

Aktiviti dimulakan dengan sesi regangan dan senaman ringan bagi memastikan otot bersedia serta mengurangkan risiko kecederaan. Seterusnya, peserta meneruskan dengan brisk walk di sekitar kawasan institut mengikut laluan yang telah ditetapkan. Pelaksanaan aktiviti di dalam kampus adalah bagi memastikan kesesuaian tahap tenaga peserta sepanjang bulan puasa di samping mengekalkan momentum gaya hidup aktif.

Brisk walk ini turut disertai oleh Ts. Dr. Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai. Penyertaan beliau secara langsung dalam aktiviti ini jelas mencerminkan sokongan dan komitmen pihak pengurusan tertinggi terhadap pembudayaan gaya hidup sihat serta pengukuhan nilai ESG dalam kalangan warga kampus.

Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat secara konsisten, meningkatkan tahap kecergasan fizikal, memupuk disiplin diri serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga institut. Selain itu, aktiviti ini turut menyokong elemen sosial dalam ESG melalui penglibatan aktif komuniti kampus dalam program kesejahteraan.

Secara keseluruhannya, aktiviti Brisk Walk dan Senaman Ringan ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Semangat dan komitmen yang ditunjukkan membuktikan bahawa amalan gaya hidup sihat dapat diteruskan secara konsisten walaupun dalam bulan Ramadan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan secara berkala demi kesejahteraan warga ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Skip to content