Pada 5 April 2026, telah berlangsung program Alumni Chill & Visit bertempat di Surau Al Mawaddah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Program ini dianjurkan inisiatif santai bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak institusi dan para alumni, di samping menghargai sumbangan serta pencapaian mereka dalam dunia kerjaya.
Program kali ini menampilkan dua orang alumni yang juga merupakan adik-beradik dan merupakan bekas pelajar Teknologi Instrumen, iaitu:
- Nor Amiesha binti Mohd Tahir
Assistant Engineer Quality di Masimo Medical Technologies Sdn Bhd (Batch 2/2021) - Alhasim bin Mohamad Tahir
CPT Technician di JavaOffshore (Batch 2016)
Sepanjang program berlangsung, sesi ziarah dan perkongsian santai telah diadakan, di mana para alumni berkongsi pengalaman kerjaya serta cabaran yang dihadapi dalam industri. Perkongsian ini memberi inspirasi dan motivasi kepada warga institusi khususnya pelajar dalam merancang laluan kerjaya masing-masing.
Menariknya, di samping komitmen terhadap pekerjaan hakiki, kedua-dua alumni ini turut berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan dengan mengusahakan projek pertanian sayur-sayuran seluas 7 ekar di Kulai.
Mereka juga mempunyai matlamat untuk mengaplikasikan ilmu Teknologi Instrumen dalam bidang pertanian tersebut, khususnya dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti melalui penggunaan teknologi.
Program ini juga menjadi platform untuk mengukuhkan jaringan alumni serta memupuk semangat kebersamaan antara alumni dan institusi. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan hubungan yang erat antara alumni dan institusi sentiasa terpelihara.
