07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menganjurkan Bengkel Hands-On TechLearn ePro: Google Classroom pada 6 Februari 2026 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Kecil, Blok B, ADTEC JTM Kampus Senai khusus kepada pengajar teknikal Elektronik Industri sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) digital selaras dengan keperluan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) semasa.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Madam Punitha Bangaraiyah dan di bantu oleh En. Perabakaran dan Ustaz Muhammad Hamzi dari Jabatan Akademik dan Pembangunan Insan dan dilaksanakan secara hands-on dengan penekanan kepada pengaplikasian praktikal. Program ini turut memberi fokus kepada pendekatan pengajaran kolaboratif melalui teknik pair teaching bagi menyokong penyampaian PdP yang lebih sistematik, berkesan dan berimpak.

Antara pengisian utama bengkel adalah pengenalan kepada Google Classroom, kaedah pembinaan dan pengurusan kelas digital, penyediaan serta perkongsian bahan pengajaran, pengurusan tugasan dan penilaian pelajar, serta teknik komunikasi berkesan antara pengajar dan pelajar. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada amalan terbaik penggunaan Google Classroom dalam menyokong pelaksanaan e-tutorial.

Secara keseluruhannya, penganjuran bengkel ini telah berjaya meningkatkan tahap kefahaman, kemahiran dan keyakinan pengajar dalam penggunaan Google Classroom serta pelaksanaan pengajaran kolaboratif. Diharapkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan secara berterusan dalam PdP sebenar dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian latihan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.

Skip to content