07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Alhamdulillah, satu program kerohanian bertajuk “Beyond Technology: Lessons from Israk Mikraj” telah berjaya dianjurkan oleh Biro Kerohanian MPP ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 21 Januari 2026 bersamaan 1 Syaaban 1447H. Program ini berlangsung dari jam 7.30 hingga 8.30 malam bertempat di Surau Al Mawaddah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada para pelajar dan warga kampus.

Program ini menampilkan En. Farish, seorang lulusan Aviation dari Amerika Syarikat yang juga lulusan dakwah Islamiah di Nigeria, sebagai penceramah jemputan.

Ceramah yang disampaikan telah mengupas peristiwa agung Israk Mikraj Rasulullah SAW dengan pendekatan yang segar dan berkesan, khususnya dalam mengaitkan kemajuan teknologi, sains dan dunia teknikal dengan kekuasaan serta kebesaran Allah SWT.

Melalui perkongsian ini, para peserta didedahkan dengan pengajaran Israk Mikraj yang menekankan kepentingan solat sebagai asas kehidupan, disiplin diri, ketaatan kepada Allah serta keperluan menyeimbangkan kecemerlangan teknologi dengan kekuatan iman.

Pendekatan penceramah yang menghubungkan dunia profesional dan teknikal dengan nilai kerohanian telah memberi kesedaran bahawa kemajuan tanpa panduan iman tidak akan membawa keberkatan.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan pelajar TVET yang bukan sahaja cemerlang dari segi kemahiran dan ilmu, malah mempunyai akhlak mulia, jati diri yang kukuh serta bersedia menghadapi cabaran dunia dan akhirat.

Skip to content