Pasir Gudang, 19 Januari 2026 – Slot Bicara Aspirasi Bersama Pengarah telah membuka tirai Program Seminar Kerjaya, Modul Hak Pekerja dan Modul KIAR TVET JTM Pelajar Semester Akhir Sesi 1/2026, melibatkan seramai 199 orang pelajar semester akhir.
Program ini dilaksanakan secara hibrid, bertempat di Dewan Kuliah Utama, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Huawei Smart Classroom, ADTEC JTM Kampus Senai, sekali gus membuktikan komitmen institusi dalam memanfaatkan teknologi bagi memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh.
Slot pembukaan yang penuh signifikan ini telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi institusi, Penolong-Penolong Pengarah serta Ketua-Ketua Bahagian.
Dalam sesi tersebut, Tuan Pengarah telah berkongsi hala tuju, visi dan aspirasi kepimpinan institusi dalam usaha melahirkan pelajar TVET yang holistik, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia kerjaya sebenar. Slot ini turut menjadi platform penting kepada para pelajar untuk mendapatkan inspirasi, motivasi serta panduan kerjaya secara langsung daripada pihak pengurusan tertinggi.
Perkongsian yang disampaikan bukan sahaja sarat dengan nasihat dan nilai pembinaan jati diri, malah menekankan kepentingan sikap profesionalisme, integriti serta keupayaan menyesuaikan diri dengan keperluan industri.
Diharapkan segala aspirasi dan panduan yang dikongsikan dapat menjadi pembakar semangat serta panduan berguna kepada para pelajar semester akhir dalam melangkah yakin ke alam kerjaya kelak.
