07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

13 Februari 2026 | Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah melaksanakan program “BPPL Care Mission” sebagai salah satu inisiatif kebajikan dan sokongan berterusan kepada pelajar. Program ini melibatkan lawatan kebajikan kepada pelajar yang dikenal pasti menghadapi cabaran tertentu sama ada dari aspek akademik, sahsiah, kebajikan atau peribadi. Lawatan ini turut memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi pelajar seterusnya merancang intervensi yang bersesuaian.

Tujuan Pelaksanaan Program:

  • Menyantuni pelajar yang berdepan cabaran semasa tempoh pengajian.
  • Mengenal pasti isu sebenar yang dihadapi pelajar secara langsung.
  • Memberi sokongan moral, motivasi dan bimbingan berterusan kepada pelajar.
  • Memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan, pensyarah dan pelajar.
  • Memastikan kebajikan pelajar sentiasa berada pada tahap yang baik dan terpelihara.

Melalui pelaksanaan program ini, diharapkan pelajar dapat merasai keprihatinan pihak kolej seterusnya meningkatkan semangat dan motivasi untuk meneruskan pengajian dengan lebih baik. Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai akan terus komited dalam melaksanakan program-program kebajikan dan pembangunan sahsiah pelajar selaras dengan aspirasi Jabatan Tenaga Manusia dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang holistik dan berkualiti.

Skip to content