07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Telah berlangsung dengan jayanya program BPPL On The Ground yang diadakan di ADTEC JTM Kampus Senai pada 5 Februari 2026 sebagai platform mendekati pelajar secara terus melalui pengisian bermanfaat dan perkongsian ilmu yang relevan dengan pembangunan sahsiah serta kecemerlangan pelajar.

Program ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara pihak pengurusan dan pelajar di samping memberi pendedahan berkaitan isu semasa, pembangunan diri serta pembentukan jati diri pelajar selaras dengan aspirasi melahirkan graduan TVET yang holistik.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar menunjukkan komitmen yang baik melalui penglibatan aktif dalam sesi perkongsian dan interaksi bersama pihak BPPL.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha membina pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam kemahiran teknikal, malah unggul dari segi sahsiah dan kepimpinan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Skip to content