07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 28 Januari 2026, telah berlangsung program BPPL On The Ground menerusi ceramah bertajuk “Racun Dalam Kata-Kata” yang disampaikan oleh Tn. Hj. Noorazam bin Yaakob, Pegawai Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) di Surau ADTEC JTM Kampus Senai.

Topik ceramah ini dipilih berdasarkan isu-isu sebenar yang berlaku dalam kehidupan pelajar di asrama, khususnya berkaitan bahaya mengumpat, mengeji, menghina, adu domba dan fitnah yang boleh merosakkan hubungan sesama rakan serta keharmonian komuniti pelajar.

Penyampaian yang bersifat dekat dengan realiti pelajar telah membuka ruang muhasabah diri serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga lidah dan adab dalam berkomunikasi, sama ada secara lisan mahupun di media sosial.

Selepas majlis ilmu, program diteruskan dengan aktiviti usrah dalam kalangan pelajar, di samping sesi beramah mesra bagi mengukuhkan ukhuwwah serta hubungan antara pelajar dan pihak pengurusan.

Semoga program seumpama ini dapat terus menyemai nilai akhlak mulia, memperkukuh perpaduan dan melahirkan pelajar yang beradab dalam tutur kata serta perbuatan.

Skip to content