07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) ADTEC JTM Kampus Senai telah menganjurkan program BPPL On The Ground: Malam Bicara Hati pada 12 Mei 2026 yang dikendalikan oleh Pegawai BPPL, Tn. Hj. Noorazam bin Yaakob.

Program dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk “Wasiat Anak Muda” yang memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah, kepentingan menjaga solat, adab kehidupan serta tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan muslim dalam menghadapi cabaran dunia masa kini.

Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan sesi ziarah pelajar dari dorm ke dorm sebagai pendekatan santai dan lebih dekat bersama pelajar. Sesi tersebut turut menjadi platform perkongsian nasihat, motivasi serta mendengar sendiri pandangan dan keadaan semasa pelajar di kolej kediaman.

Dalam program ini juga turut dilancarkan Kempen Kendiri Pagi yang memberi fokus kepada pembudayaan disiplin diri seperti bangun awal pagi, mengemas katil serta menjaga kebersihan dan kekemasan dorm sebagai amalan harian pelajar.

Penganjuran program seperti ini diharap dapat memperkukuhkan hubungan antara pihak pengurusan dan pelajar di samping membentuk budaya hidup yang lebih berdisiplin, berakhlak dan positif dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Senai.

Skip to content