Pasir Gudang, 10 Feb 2026. Seawal jam 5.00 pagi, seramai 67 orang pelajar, kakitangan dan urusetia mewakili 16 Kumpulan Inovasi serta 1 Kumpulan ESG dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah memulakan langkah penuh azam bagi menyertai Pertandingan Kreativiti dan Inovasi JTM (CITEC) 2026 yang berlangsung di ADTEC JTM Kampus Taiping pada 11 & 12 Februari 2026.
Pasukan ini diketuai oleh Tuan Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin Bin Ahmad Raus dan diselaraskan oleh Ts. Dr. Dayangku Suraya Binti Awang Jafar, Pengerusi Jawatankuasa Inovasi ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
Penyertaan kali ini melibatkan 16 projek inovasi merangkumi pelbagai kursus serta 1 penyertaan khas daripada Jawatankuasa ESG, mencerminkan komitmen berterusan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai dalam memacu budaya inovasi, kelestarian dan kecemerlangan TVET.
Mohon doa semua agar perjalanan warga ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai ini sentiasa diberkati, selamat pergi dan pulang, serta berjaya menggapai kilauan Pingat Emas demi mengharumkan nama institusi.
