Pada 28 Januari 2026, telah berlangsung program “Clean & Clear: Bengkel Amali Mandi Wajib” yang bertujuan memberi kefahaman jelas dan praktikal kepada para peserta berkaitan pelaksanaan mandi wajib mengikut tuntutan syarak di Surau Al-Mawaddah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
Program ini menekankan aspek ilmu, tertib dan amali, agar peserta bukan sahaja memahami teori, malah mampu mempraktikkan kaedah mandi wajib dengan betul dan yakin dalam kehidupan seharian.
Menariknya, bengkel ini telah dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator dalam kalangan para pelajar senior yang dilatih khas, sekali gus memberi peluang kepimpinan rakan sebaya serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih santai, dekat dan berkesan.
Semoga penganjuran program ini dapat membantu membentuk kefahaman yang tepat dalam aspek taharah, seterusnya melahirkan pelajar yang menjaga kesucian diri sebagai asas kepada ibadah yang sah dan diterima.
