Sebagai manifestasi komitmen terhadap tanggungjawab sosial serta pemerkasaan TVET kepada masyarakat, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat (CSR) pada 8 Ogos 2026 melibatkan 11 orang pelajar Program Teknologi Elektrik bersama 3 orang pengajar bertauliah Pendawaian Elekrtrik (En Hasri bin Aly Imran, En Azhari bin Mohammad & En Wan Mahmudul bin Wan Zolkipli) bagi melaksanakan kerja-kerja pendawaian elektrik di Masjid Al Azim, Melaka.
Program ini merupakan persiapan bagi Majlis Ijtimak Negeri Melaka & Johor 2026 yang akan berlangsung pada 14 hingga 16 Ogos 2026. Penglibatan warga ADTEC JTM bukan sahaja membantu memastikan kemudahan elektrik berada dalam keadaan selamat dan berfungsi dengan baik, malah memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran teknikal dalam situasi sebenar di bawah penyeliaan tenaga pengajar yang berpengalaman.
Inisiatif ini mencerminkan aspirasi ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai dalam melahirkan graduan TVET yang kompeten, berintegriti serta sentiasa menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui kepakaran yang dimiliki.
