07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Sekumpulan pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi ‘1 Malam Bersama Anak Yatim/ Asnaf’ yang berlangsung pada 8 Ogos 2026 di Rumah Kebajikan Halo Prihatin.

Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk turun padang bersama-sama bergotong-royong menyediakan juadah makan malam, sebelum meluangkan masa bersama anak-anak yatim dan asnaf dalam suasana penuh kemesraan dan ukhuwah.

Selain bergotong-royong memasak dan menyediakan jamuan, para pelajar turut bersama-sama menganjurkan pelbagai aktiviti menarik, berinteraksi serta beramah mesra dengan penghuni rumah kebajikan. Kehadiran para pelajar bukan sahaja menceriakan suasana, malah memberikan pengalaman bermakna dalam membentuk nilai kasih sayang, empati, keprihatinan dan semangat kesukarelawanan.

Program yang berlangsung dari 6.30 petang hingga 9.00 malam ini turut menjadi wadah untuk para pelajar berkongsi rezeki serta menyemai kesedaran bahawa kebahagiaan akan lebih bermakna apabila dapat dikongsi bersama mereka yang memerlukan.

Semoga usaha kecil ini menjadi amal jariah dan terus menyuburkan budaya CSR, kesukarelawanan dan prihatin dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Skip to content