07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 25 Julai 2025, Surau ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menjadi saksi kemeriahan Divine Words Challenge, pertandingan hafazan doa peringkat antara bahagian yang menghimpunkan seramai 300 pelajar daripada pelbagai kursus dan semester.

Dalam cabaran ini, peserta diberikan 30 minit untuk menghafaz Doa Kedua Ibu Bapa dan Doa Selamat yang diberikan secara berperingkat. Pertandingan ini bukan sahaja menguji kekuatan hafalan, malah membina keyakinan serta kecintaan pelajar terhadap doa-doa harian.

Pencapaian hebat dicatatkan oleh pelajar dari kursus:

-Teknologi Penyenggaraan Mekanikal

-Teknologi Fabrikasi Struktur Logam

-Teknologi Instrumen

-Teknologi Pembuatan Perkakasan Dai

Semua kursus ini berjaya mencapai hafazan 100%, dan sebagai tanda penghargaan, jamuan makanan disediakan untuk para peserta kursus tersebut.

Selain itu, 5 pelajar yang berjaya melepasi saringan akhir menerima saguhati berupa wang tunai, manakala pelajar dari Kursus Elektrik dinobatkan sebagai penghafaz terbaik keseluruhan bagi Divine Words Challenge 2025.

Usaha ini jelas sebagai satu langkah untuk melahirkan pelajar TVET yang bukan sahaja mahir dari sudut kemahiran teknikal, tetapi juga seimbang dari segi rohani, berakhlak mulia serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas semangat serta usaha gigih yang telah ditunjukkan. Semoga program ini menjadi titik tolak untuk melahirkan generasi yang menghayati doa dalam setiap aspek kehidupan.

Skip to content