PASIR GUDANG, 13 APRIL 2026 – Pasukan Lucifer Triber melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Mobile Legends anjuran Unit Moral (JAPI), ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang yang melabuhkan tirainya hari ini.
Kemenangan penuh bermakna ini diterajui oleh kapten pasukan, Dinesh Rao (IP), bersama rakan seperjuangannya, yang terdiri dari Pavithirans (JE),Yuvanesh (AUTO), Jacob Frank Hodges (TPP) dan Freadyno Adam(TPM).
Peringkat separuh akhir telah berlangsung pada Jumaat, 10 April 2026, manakala peringkat akhir telah diadakan pada Isnin, 13 April 2026 bagi menentukan juara keseluruhan. Perlawanan ini telah menggunakan sistem kalah mati yang cukup mendebarkan. Setiap perlawanan menuntut tahap fokus yang tinggi, membuktikan bahawa e-sukan bukan sekadar permainan digital, malah merupakan medan ujian yang pertama : Kerja Berpasukan- Keserasian antara ahli kumpulan dalam merancang strategi. Kedua, Pemikiran Kritis- Kebolehan membuat keputusan pantas di bawah tekanan, dan yang ketiga, Kawalan Emosi- Daya tahan mental yang kukuh sepanjang tempoh saingan.
Pertandingan ini juga salah satu cara untuk memupuk pembangunan Insaniah Melalui E-Sukan. Di bawah seliaan rapi Encik Perabakaran Marthava (Penyelaras) serta sokongan padu daripada Puan Punitha Bangaraiyah (Ketua Jabatan JAPI), program ini berjaya mengumpulkan penyertaan aktif daripada pelajar Semester 1 hingga Semester 4.
Pihak penganjur menegaskan bahawa inisiatif seperti ini sangat penting dalam membentuk keseimbangan antara akademik dan pembangunan karakter pelajar. E-sukan kini diiktiraf sebagai pemacu positif kepada pembangunan insaniah dalam ekosistem kampus moden.Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Lucifer Triber serta seluruh warga kerja yang telah menjayakan dan memeriahkan arena e-sukan kampus kali ini!
