Tarikh : 28 Ogos 2025 (Khamis)
Sempena Minggu Kerjaya yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Kota Masai, pihak sekolah telah menjemput Adtec JTM Kampus Pasir Gudang & Senai untuk membuka booth pameran. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal tentang peluang pendidikan dan kerjaya kepada pelajar, khususnya murid menengah (terutama Tingkatan 4 dan 5) bagi membantu mereka membuat perancangan hala tuju selepas tamat persekolahan.
Tujuan pameran diadakan bagi
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang pendidikan dan latihan kemahiran.
Membimbing pelajar Tingkatan 4 & 5 dalam merancang masa depan mengikut minat dan kebolehan.
Menyediakan maklumat mengenai laluan akademik, kemahiran, dan kerjaya yang bersesuaian.
Melalui pengisian booth pameran ini, diharapkan para pelajar dapat memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai hala tuju pendidikan dan kerjaya selepas tamat persekolahan, seterusnya melahirkan generasi yang lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan.
