07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus telah dijemput menghadiri program Graduates Employability Roundtable with Education Institutions yang telah diadakan di Trove Hotel Johor Bahru pada 24 Februari 2026.

Program ini merupakan inisiatif tajaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang menghimpunkan wakil institusi pendidikan bagi membincangkan strategi memperkukuh kebolehpasaran graduan serta mempertingkatkan kadar penempatan pekerjaan dalam kalangan lepasan institusi latihan.

Sesi roundtable ini memberi ruang perbincangan berfokus kepada:
-Cabaran kebolehpasaran graduan
-Penjajaran program latihan dengan keperluan semasa
-Peranan institusi dalam menyokong transisi graduan ke alam pekerjaan

Penyertaan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan graduan TVET terus kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran kerja. Semoga perbincangan ini memberi impak positif kepada pembangunan modal insan negara.

Skip to content